Wednesday 26 September 2018

BBM3410/18: Tugasan berpaut dihati.










kuliah ketiga sangat mengembirakan hatiku. kami telah menyempurnakan tugasan berkumpulan yang diberikan iaitu Asas Grafik. Antara asas-asas grafik adalah keseimbangan, kesesuaian, mudah, warna, dan teks. Ilmu-ilmu ini telah mengajar diri untuk lebih berhati-hati mengambil gambar peribadi mahupun tugasan lain. Selasai sahaja tugasa tersebut, semua ahli kumpul perlu berkumpul dan bergambar bersama-sama.

BBM3210/18: pandang pertama kuliah pertama




Kuliah pertamaku pada semester akhir berjumpa dengan seorang Prof N yang sangat berpendirian teguh tetapi mempunyai keunikan yang tersendiri. Keunikan ini telah mengubah persepsiku terhadapnya. Sebelum ini, hatiku resah gelisah kerana mendengar cerita daripada rakan-rakan mengenai diri Prof N. 

Tidak ku duga hati telah berpaut denganmu Prof N. Setiap masa beliau akan memperingati akan peraturan kelasnya. Minggu pertama sahaja, kami telah menerima arahan untuk membuat tugasan dengan membentuk kumpulan.

Tugasan yang diberikan sangat menyenangkan hati kami semua.




BBM3410/18: Perihal Diriku



Assalamualaikum..

Nama diberi Mariam Binti Ishak, merupakan anak keempat daripada empat adik beradik. saya berasal dari Kedah tetapi menetap di Pahang. Perkara menarik tentang diri saya semasa kecil; saya gemar mengumpul relung getah. Kegiatan ini telah melatih diri saya untuk menghargai sesuatu benda lama.

Apabila meningkat dewasa, saya bertukar arah iaitu menjadi seorang remaja perempuan yang suka mengumpul pinggan mangkuk walhal pada usia 14 tahun. Aktiviti ini telah memeranjatkan keluargaku sehinggakan mereka terpaksa menyediakan sebuah almari untuk menyimpan pinggan mangkuk yang dikumpul.  Perkara ini juga telah menjadi bualan hangat dalam keluarga kerana pinggan mangkuk yang dikumpulkaan tidak boleh disentuh atau digunakan. 

Masa berlalu dengan pantas, diri yang kerdil ini diterima masuk ke Universiti Awam. Di Universiti, tabiat ini berterusan tetapi bukan mengumpul pinggan mangkuk. Sesi mengumpul barang berterusan dengan beralih arah kepada anak patung. Semangat untuk ,mengumpul berterusan sehingga semestar terakhir tetapi malang patung-patung yang dikumpul harus dilepaskan.




BBM3410/18:FACEBOOK

Assalamualaikum.ini merupakan tugasan kejutan yang diberikan oleh prof.. Maaf prof andai saya terkasar bahasa.. saya sayang prof keta...