Thursday 15 November 2018

BBM3410/18: CARA-CARA MEMBUAT KELENDAR




ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

Hari ini kami semua dimaklumkan bahawa kelas amali telah dibatalkan dan digantikan dengan kelas atas talian....

ARAHAN YANG DITERIMA

kami perlu mengambil video iaitu proses membuat kelendaar dengan menggunakan photoshop selama 3 minit.

Maka, habis sahaja kelas jam 2.. kami terus bergegas pulang ke kolej untuk menyempurnakan tugasan tersebut.. kami mula membuat tugasan pada jam3 petang sehingga 6 petang.

pelbagai halangan yang kami dapat.. tetapi merupakan satu proses yang memantangkan diri untuk bersabar.. hahhahahahah

DAN.... lihatlah hasil yang mampu dilakukan





CERITA KEDUA

sudah dimaklumkan bahawa kami semua mengemaskini twitter setiap minggu 1. Dimana kami perlu tweet dan retweet (hanya rakan sekelas sahaja).

kebiasaannya, aku hanya aktif di facebook serta instgram tetapi kali ini aku juga perlu bersosial di twitter. Apa yang terjadi, aku terlupa akan tugasan ini sehingga aku mula berasa hairan mengapa rakan-rakan sekuliah dengan asyik menyebut twitter saban hari. 

Sehingga suatu hari rakan aku menegur aku:

si dia: bila ang nak update twitter ni?

Aku: (dengan muka keliru) twitter?

si dia: Yela.. kan Prof suruh buat twitter..

Aku: Allah.... nanti aku buat (dalam hati mula berdebar) - masa ni minggu kedua (jangan salah sangka yeee)

     macam manalah aku boleh lupa.. yela sebelum ni asyik dengan instgram dan facebook sahaja tapi kali ini aku perlu menambah lagi satu medan sosial dalam hidupku..

SAYA BARU NAK BELAJAR JADI BUDAK TWITTER.... Maaf Prof. saya akan cuba menerokai alam twitter...

DAN AKHIRNYA INILAH HASILNYA...














Wednesday 14 November 2018

BBM3410/18: PUTRAJAYA DAN AIR TERJUN



10/11/2018 merupakan tarikh yang keramat dan mencipta memori kepada 8 gadis BBM3410...

pelbagai kenangan pahit dan manis kami lalui sepanjang hari tersebut..

asalnya kami semua merancang hanya ingin pergi ke Putrajaya untuk menyempurnakan tugasan bahasa asing (hanya 4 orang sahaja tetapi lagi 4 sebagai jurukamera) selapas itu kami ingin ke Bangi untuk mencuci mata☺☺ 8 gadis yang terlibat ialah:

  1. Marima
  2. fatihah
  3. najiehah
  4. hasniwati
  5. syaqinah
  6. aifa
  7. hasmida
  8. adibah


dalam kesibukan bergambar kami telah bertemu dengan seorang penjaga pintu masuk Masjid Putra iaitu En. Khairul. Apa keistimewaan beliau?

Beliau telah menguasai 7 bahasa dengan lancar sekali sepanjang beliau bekerja di situ.. Kami semua begitu teruji apabila bertemu dengan beliau.. apa lagi bergambar sakan la kami semua...

Tepat sahaja jam 12 tengah hari kami berkumpul dan bersila dikaki lima, ramai pelancong asing yang tengok pelik terhadap kami.. tapi muka kami ni tebal, kami tidak peduli akan pandangan mereka.. paling menarik lagi asal duduk sahaja kami akan makan berjemaah.. kapi bawa bekal lagi☺☺

selepas zuhor kami pun menukar rancangan asal iaitu kami semua ingin pergi Air Terjun... maka destinasi pilihan kami ialah Hutan Simpan Air Terjun Sg. Tekala.. sangat cantik dan damai.

Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke situ, sebelum ini aku pergi bersama orang lain dengan tujuan yang berbeza.. kali ini aku pergi dengan tujuan yang lain tetapi dengan niat yang sama iaitu ingin Tadabur Alam..

Alhamdulillah... kami semua sangat gembira sehingakan ada yang lemas... bila ditanyakan macam mana boleh jadi macam tu... boleh kawan tu cakap "air tu yang bawa kami, kami tak salah"... ok disebabkan jawapan dia yang sangat bernas kami yang terus gelak sehinggakan ada yang mengelarkan dugong-dugong muslimah......

sampai disini sahaja.. nanti aku sambung lagi...











BBM3410/18: KULIAH MINGGU 9



ASSALAMUALAIKUM SEMUA

permulaan bagi minggu ke-9....

macam biasa pada jam 10 pagi kami akan mengikuti kuliah BBM3410, apa yang istimewa pada minggu in???


  1.  PERBENTANGAN BERKUMPULAN VIDEO ONE SHOT
Sesi perbentangan dimulakan oleh kumpulan Produksion 10 dan diikuti oleh kumpulan-kumpulan lain serta diakhiri oleh kumpulan Tadaa Production. Setiap persembahan yang ditayangkan telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakan-rakan sekelas. Tidak dapat dinafikan mereka telah mengetawakan kumpulan Melur Production iaitu Nisa dan Fatihah. Perasaan malu timbul tetapi kami semua tebalkan muka demi menyempurnakan tugasan tersebut. Selesai sahaja perbentangan, Prof Dr. N telah menyatakan 'BAGUS' kepada kumpulan kami. Dengan itu, segala perasaan malu mula reda dan melegakan segala kerisauan...❤❤❤ 

Akhir sekali, Prof Dr. N berpuas hati dengan 2 kumpulan iaitu kumpulan MAWAR dan  PANGLIMA AWANG..

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN......

        2. TUGASAN BARU: VIDEO ONE SHOT TWO LAYER

Selesai sahaja perbentangan video, Prof Dr. N memberi tugasan baru iaitu video one shot 2 layer. Mula-mula kami nampak mudah tetapi pada hakikatnya sangat mencabar berbanding video one shot... Proses yang sama iaitu memilih lagu tetapi ditambah dengan lakonan dibelakang. Setiap persembahan bergantung atas kreativiti kumpulan.. kalau kreatif Prof puji kalau tidak REDHA je la..☺☺☺✌

        3. PERBINCANGAN KUMPULAN: MELUR PRODUCTION

Berikut merupakan perbincangan kumpulan yang berlangsung selepas kuliah.. Kami telah berbincangan dari segi memilih lagu-lagu yang sesuai. Setiap ahli kumpulan perlu mengemukan satu cadangan lagu selepas itu membuat undian terhadap lagu-lagu tersebut. Antara cadangan lagu yang masih saya ingat:
  • Gadis dan Bunga
  • Tiga Suara
  • Jampi
banyak lagi tapi saya lupa.. maaf yaa✌✌

akhirnya sebulat suara Melur Production memilih lagu Gadis dan Bunga- Rahimah Rahim...

nantikan persembahan kumpulan kami☺☺❤




sekian sahaja buat saat ini....








Sunday 11 November 2018

BBM3410/18: RESIPI KERABU MAGGI 'KAW'



“Aduh, laparnya perut. Nak keluar malas, nak masak pun tak berapa rajin. Takkan nak makan mee segera lagi. Bosannya! Apa lagi resepi best yang kita boleh olah daripada mee segera ya?”
Kerabu maggi ini adalah antara olahan resepi yang boleh anda buat di rumah. Rasanya macam maggi biasa, cuma ada rasa pedas yang dan masam menjadikannya lebih ‘kaw’.

RESEPI KERABU MAGGI ALA THAI YANG ‘KAW’, SIAP SEPANTAS 5 MINIT

Untuk membuat kerabu maggi ala Thai, ini adalah bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN

  • Maggi ThaI
  • Crab stick
  • Sotong
  • Udang
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Serai (dihiris halus)
  • Bunga kantan (dihiris halus)
  • Kacang panjang (dihiris halus)
  • Daun sup (dihiris halus)
  • Daun limau (dihiris halus)
  • Lemon (diperah)

Berikut adalah langkah-langkah membuatnya.

1. REBUS / CELUR

Pertama sekali, rebuskan maggi terlebih dahulu. Bila dah agak-agak lembut sedikit, masukkan celurkan udang atau sotong.

2. MASUKKAN BAHAN-BAHAN LAIN

Seterusnya, masukkan bahan-bahan lain seperti cili, serai, tomato, daun sup, daun limau, bunga kantan, dan kacang panjang yang dihiris halus.
Kuantitinya bolehlah agak-agak macam di bawah ini. Kalau suka lebih pedas, boleh banyakkan lagi cilinya.

3. PERAH LEMON

Untuk mendapatkan rasa masam-masam yang ‘kaw’ tambahkan sedikit perahan lemon.
Kalau tak ada lemon, boleh juga gunakan limau nipis.

4. MASUKKAN PERENCAH

Akhir sekali, guna perencah maggi Thai dan gaulkan semua bahan hingga sebati. Tidak perlu tambah apa-apa lagi dah sebab ia memang dah secukup rasa. Kalau ada yang bertanya, inilah maggi yang saya gunakan. Di pasaraya biasa seperti KipMart atau Jusco pun ada jual.
Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah sedikit sos tiram dan gula mengikut citarasa.

SIAP, SEPANTAS 5 MINIT!


                                                      Image result for resepi kerabu maggi
Image result for resepi kerabu maggi
Related image







BBM3410/18: LATIHAN VIDEO 'ONE SHOT'



SAMBUNGAN ONE SHOT VIDEO.......

pada penulisan yang lepas, saya ada menceritakan berkenaan perbincangan kumpulan Melur Production...

Maka saya akan menceritakan pula tentang sesi latihan yang sebenar dan hasil yang kami perolehi setelah bertukus-lumus.

Kami semua bersepakat untuk membuat latihan sebelum cuti pertengahan semester baru-baru ini kerana semua ahli kumpulan ingin pulang ke kampung halaman dengan kadar yang segera dan ingin pulang ke UPM selewat mungkin☺☺☺ maaf terbagitahu pula pula❤

Pada malam tersebut kami telah membuat persiapan, dimana menyediakan pakaian, peralatan serta alat solek supaya dapat menghasilkan video yang bagus dan meletup...

Semasa sesi latihan, kami terpaksa membuat berulang-ulang kali kerana terdapat ahli kumpulan sendiri yang tidak dapat menahan daripada gelak semasa sesi latihan mahupun rakaman. Kami terpaksa merakam berulang-ulang kami demi mendapatkan kepuasan terhadap video tersebut. Akhirnya kami berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan setelah menahan ketawa katika melihat rakan lain berlakon dan menyanyi, ketawa apabila masing-masing lupa giliran untuk berlakon dan menyanyi dan berbagai lagi.

Semua ini telah memberi pengajaran dan kenangan kepada ahli kumpulan Melur Production.






hahahahahhahaahha kalau nak tengok video penuh boleh pergi Youtube

                                            https://youtu.be/fOzwreQVeXA



BBM3410/18: KELAS ATAS TALIAN PROF DR N


ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

bertemu lagi kita hari ini, hari ini saya akan mencerikan perihal kelas ATAS TALIAN yang ditawarkan oleh Prof Dr N....

bagaimana kelas atas talian ini boleh dibuat?
semua ini adalah permintaan rakan-rakan kelas Bahasa dan Linguistik Melayu.

Dengan itu, untuk mendapatkan persetujuan Prof., kami telah menghantar wakil bagi mendapatkan keputusan daripada Prof. Oleh itu, Prof minta kami semua untuk buat tanda OK serta perlu muat naik di instagram dan perlu cukup 80 orang pelajar..




maka kami semua diberi cuti lanjutan☺☺☺☺ tetapi mempunyai kelas atas talian❤❤❤❤.

Baiklah, sampailah pada hari isnin dimana kami semua perlu bersedia untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh Prof iaitu kelas atas talian.

kami semua diminta untuk menonton TV Al-Hijrah dalam rancangan Assalamualaikum dan pada sesi Bijak Siber pada jam 8.15 pagi. Tetamu jemput sesi ini merupakan Prof Dr N.

Prof minta kami ambil gambar Prof ketika beliau memberi pencerahan berkenaan dengan Martabat Bahasa Melayu dan Keharmonian Kaum.









sekian sahaja...

Sunday 4 November 2018

BBM3410/18: HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM 2018



ASSALAMUALAIKUM...

Selesai sahaja majlis konvokensyen maka berakhir kerjaku sebagai gadis bunga atau paskal orkid. Maka bergembiralah hati kerana boleh rehatkan badan dan boleh fokuskan kepada kerja-kerja yang lain. Tanpa diduga aku telah menerima satu panggilan telefon daripada staf UPM.

kak hajar: Mariam jumaat free tak?

Mariam: emmm (dalam hati nak cakap apa free ke tak)

kak hajar: mariam dengar tak?

mariam: ada apa kak?

Kak hajar: Bos Nurul minta mariam jagakan booth jualan bendahari dekat dewan besar, boleh ke?

mariam: Ada program apa kak? Insya Allah boleh..

kak hajar: ada hari kualiti dan inovasi perkhidmatan nanti mariam ajak kawan 2 orang.

mula-mula aku tidak tahu HKIP itu apa, apabila hari jumaat dan aku berada didalam dewan baru aku faham apa itu HKIP.

Semua pekerja UPM dikumpulkan dan diberikan anugerah. Aku dapat lihat sendiri bagai mana staf-staf UPM bertukus-lumus untuk memenangi sesuatu pertandingan.. kadang-kadang melebihi para pelajar ketika sesi orientasi☺☺☺tetapi itu satu kelebihan buat aku kerana dapat mencari pengalaman bersama-sama mereka.







BBM3410/18: PASKAL ORKID DAN PENGALAMANNYA


ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini saya akan menyambung cerita berkenaan Majlis Konvokensyen UPM ke-42 iaitu sebagai gadis bunga. Sepanjang empat hari bertugas sebagai gadis bunga, aku mendapat gelaran baru iaitu Paskal Orkid. Gelaran ini diberikan kerana kami sekumpulan berjaya mencapai target jualan malah melebihi sasaran tersebut. Baiklah, aku akan menceritakan pengalamanku.


  1. bermula hari pertama hingga keempat cuaca tidak menentu, pagi panas manakala petang hujan. Cuaca bukan alasan untuk kami semua berhenti menjual, dalam keadaan panas dan hujan kami redah. Sehinggakan bila aku lihat wajahku di cermin jelas terpancar belang pada bahagian mata☺☺☺. Tapi dengan keadaan beginilah yang mengajar aku untuk terus berusaha sebagai mana ibu dan ayah kita mencari rezeki dan tidak pernah mengeluh.
  2. Jatuh basikal, dalam kekalutan menjual bunga ditengah hujan lebat, tidak aku duga basikal yang aku naik jatuh ke tanah juga. Sakit itu tidak dapat dinafikan tetapi perkara itu harus dilupakan seketika kerana apa yang penting pada ketika itu adalah jualan orkid. Pada situasi ini, apa yang boleh aku katakan susah payah untuk mencari rezeki oleh orang tua kita mereka tidak pernah merungut. Mungkin hidup kita berbeza, aku sememangnya gadis kampung dan pekerjaan orang tua aku adalah pekerjaan kampung.
Sebagai pelajar tahun akhir, seharusnya kita perlu mencari pengalaman seperti ini sebelum kita menjadi alumni UPM. Setiap kejadian akan aku simpan sebagai kenangan yang indah..

Dalam tempah itu jugalah aku dapat lihat gelagat senior-senior. Ada yang gembira dan ada yang menangis sambil ketawa. Semua ini bergantung atas diri masing-masing. Bagaimana pula dengan aku? 











BBM3410/18: GADIS BUNGA KONVOKESYEN KE-42



ASSALAMUALAIKUM....

Sepanjang cuti pertengahan semester ramai mahasiswa telah pulang ke kampung masing-masing. Peluang ini telah digunakan untuk mengadakan majlis konvokesyen ke-42 UPM. Bagi yang tidak balik ke kampung akan membuat kerja sambilan.

Aku telah bekerja selama empat hari di bawah pantauan Pusat Zakat UPM serta Bendahari UPM. Kerja aku mudah apabila lihat menerusi mata kasar, tugasan utama aku adalah menjual bunga-bunga orkid sampai habis, andaian bunga orkid digubah sebanyak 1000 unit, maka aku bersama-sama rakan jualan yang lain perlu menghabiskan. Pelbagai teknik dan strategi jualan digunakan demi menghabiskan orkid tersebut.

Asalnya aku menjaga khemah jualan sahaja, tetapi aku berasa bosan lalu aku bertukar arah untuk berjual sambil mengayuh basikal. Ketika mengayuh basikallah baru aku dapat melihat suasana majlis konvokesyen selama empat hari berturut-turut.  Tidak dapat dinafikan sememangnya mengayuh sangat memenatkan apabila aku terpaksa menjual ke tempat yang jauh. aku bersama fatin diberi kepercayaan untuk menjual di Masjid UPM.

Cuba kalian bayangkan bermula dari Dewan Besar UPM aku mengayuh pergi ke Masjid UPM... Jauh tu tetapi apa yang seronoknya sepanjang perjalanan untuk ke Masjid UPM aku akan lalu di DKAP iaitu Dusun Contoh dan KAA. Setiap kali ulang-alik dari Dewan ke Masjid tidak kiralah waktu hendak pergi atau pulang, aku dapat melihat gelagat ibu bapa yang datang.. Keronokan diwajah mereka jelas terpancar. Apabila jualan tidak mendapat sambutan di Masjid, kami terpaksa mengalih arah dan mencari tempat yang bersesuaian. Keadaan kami terselamat apabila abang-abang polis bantuan membantu kami menjual. Sambil mengayuh basikal dari Dewan Besar ke Dkap, KAA dan Masjid kami juga akan pergi ke Padang Kawad.











Saturday 3 November 2018

BBM3410/18: CUTI SEMINGGU (MID SEM)



ASSALAMUALAIKUM...

Setelah cukup 7 minggu sesi kuliah maka semua mahasiswa akan bergembira kerana dapat pulang ke kampung halaman dan bertemu dengan insan tersayang. Tetapi ada juga diantara mahasiswa yang tidak pulang ke kampung halaman. Hal ini disebabkan oleh:


  • Mahasiswa tahun akhir yang tengah menyempurnakan PITA/FYP
  • Mahasiswa Sabah dan Sarawak
  • Mahasiswa yang ingin mencari wang saku
Pada hari jumaat semua rakan-rakan pulang tetapi aku masih disini untuk melengkapkan tanggungjawab sebagai mahasiswa iaitu sebagai pelajar tahun akhir serta mencari wang saku. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air dan alang-alang menyelup perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Faktor utama tidak balik kerana ingin menyempurkan PITA tetapi dengan saki-baki masa yang ada aku pun membuat kerja sambilan. 

Bukan hanya PITA yang harus disiapkan tetapi termasuk juga tugasan daripada subjek lain tidak terlepas BBM3410. Antara tugasan BBM 3410 adalah seperti berikut:

  1. Menyediakan 10 keping gambar pemandangan dengan hastag #kampungku
  2. Mengemaskini Blog
  3. Menyiapkan video one shot.
Maka kami semua perlu redha kerana kalau tidak redha tugasan akan ditambah☺☺☺☺☺PROF JANGAN MARAH YEE.....



                                Image result for imej perempuan bawa beg balik kampung




BBM3410/18: PERBINCANGAN VIDEO ONE SHOT



SETELAH SELESAINYA PEMBENTANGAN BERKUMPULAN IAITU SIMPULAN BAHASA...

Kuliah BBM3410 sekali lagi digemparkan dengan tugasan baru iaitu tugasan one shot video. Setiap kumpulan diminta untuk memilih sebuah lagu melayu (lebih rancak lebih baik) untuk menyempurnakan tugasan tersebut. Maka kumpulan aku terus memilih lagu-lagu yang bersesuaian. Antara lagu yang tersenarai:

  • Police Entry - Elizabeth Tan
  • Pendusta Cinta - Wani Muzik
  • Hajat - Hael Husaini
  • Bila Larut Malam - Saloma
  • Aci-aci Buka Pintu - P. Ramlee dan Saloma
setelah membuat pilihan dan mendapat kata sepakat kami semua bersetuju memilih lagu P.Ramlee dan Saloma iaitu Aci-Aci Buka Pintu.

Selesai sahaja perbincangan dan pemilihan lagu, kami semua pun berbincangan mengenai gaya yang perlu dibuat, peralatan yang diperlukan, dan tempat untuk merekod video tersebut. Perkara utama yang hangat dibincangkan adalah watak-watak didalam video tersebut.

 Antaranya:
  • P. Ramlee (Nana)
  • Saloma (Aci)
  • Jembalang
  • Burung Hantu
  • Jam


Related image


Image result for imej aci-aci buka pintu


nantikan sambungannya.......

BBM3410/18:FACEBOOK

Assalamualaikum.ini merupakan tugasan kejutan yang diberikan oleh prof.. Maaf prof andai saya terkasar bahasa.. saya sayang prof keta...