Saturday 20 October 2018

BBM3410/18: POSITIFKAN HATI



ASSALAMUALAIKUM RAKAN-RAKAN SEKALIAN...

Pada hari khamis, aku terpaksa balik ke UPM walaupun ramai yang tak bagi balik lagi terutama mak aku.. sebabnya kedua-dua kakak yang kehilangan anak syurga itu sangat rapat dengan aku.. tetapi aku positifkan mereka... baiklah hal kampung selesai..

HAL dekat UPM...

sampai-sampai sahaja dibilik aku terus buka laptop dan sambung PITA... bukan baru nak buat k.. Tetapi semak tatabahasa, ejaaa dan tambah apa yang patut. bermulalah cerita.... apabila seorang teman datang dan berkongsi cerita...

T: yam.. masa yam tak ada kan, ada orang tu datang dekat saya dan bercerita... lepas tu dia cakap jangan bagi tahu mariam...

Aku: kenapa tak boleh bagi tahu aku pula? Mulut aku jahat sangat ke?

...MUHASABAH DIRI....
selama ini mariam berkelakuan kasar dihadapan lelaki, sebab mak mariam pesan jangan tercetuskan zina hati, zina mata dan pelbagai zina dekat orang lain... sebab tulah mariam tak layan sandiwara dibelakang tabir.... baiklah mariam positifkan hati lagi...

T: lagi satu kenapa dia cakap dekat saya.... "study dengan m****m ke?"..
    (sedangkan mariam dekat kampung)

Aku: T... positifkan hati dekat orang macam tu... (malas nak layan positifkan HATI)

UJIAN ITU INDAH...SEINDAH TAMAN SYURGA, JANGAN KERANA NAFSU SAMPAI LUPA ITU DOSA...



peace yoooo.... :) 


BBM3410/18: KEHILANGAN DAN TANGGUNGJAWAB


dalam kesedihan yang dialami oleh keluarga.... aku berada dalam delima.

situasi 1:

terkejut akan kehilangan dua insan sekali gus menyebabkan ramai yang terkaku, terdiam dan tidak tahu untuk bercerita.. masing-masing menumpukan kepada arwah, kenduri, dan tahlil.. keadaan yang pilu apabila semua berkumpul, tiada apa yang boleh dikatakan apa yang aku tahu setiap kali ada orang meninggal dalam keluarga kami, maka keluargaku akan membuat kenduri selama 7 hari berturut-turut, tahlil, dan menjemput orang kampung untuk membaca Al-Quran.. disitulah kesibukan bermula, apabila pagi hingga ke malam aku bersama sanak-saudara yang lain akan berganding bahu untuk membuat kenduri..

situasi 2:

pada minggu keenam semua pelajar pita dibawah selian Dr. zaiton diminta untuk menghantar bab 1 hingga bab 3... di mana minggu ini juga aku terpaksa balik ke kampung atas urusan di atas (masih dalam keadaan terkejut) tetapi akan kuatkan hati untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar... pada waktu siang aku akan sibuk dengan persiapan kenduri sehingga jam 9 malam, selepas itu aku akan fokuskan kepada pitaku sehingga subuh.. kadang-kadang terkandas ditengah jalan dimana aku terlelap mungkin terlalu penat... mungkin? apa yang merunsingkan hati aku lagi apabila pada minggu yang sama aku mempunyai 3 ujian... hanya Allah yang tahu perasaanku pada ketika itu..

kehilangan itu pasti kerana perpisahan menjadi lumrah dalam kehidupan manusia, akan tetapi tanggungjawab itu perlu diseimbangkan walaupun dalam delima tetapi aku cuba kawal 3 perkara dalam satu masa..

arwah selamat dikebumikan... AL-FATIHAH

pita selamat sampai ke tangan Dr. Zaitun... Alhamdulillah

3 ujian akan diambil minggu ke-7, isnin, selasa dan tidak dimaklumankan lagi... Insya ALLAH,,






BBM3410/18: KIRIMAN DOA BUAT ANAK SYURGA


ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

Tanggal 14 oktober 2018, saya yang berada jauh daripada keluarga telah menerima panggilan telefon dalam jam 2.30 petang....

semasa perbualan....

Mak: mak sue, mak nak pi serun ni

Saya: nak buat apa pi serun? lang tak sihat ke?

Mak: Mak nak bagi tahu ni, yang Aiman dengan Alif dah tak ada....


...... Diam seketika..... dengan suasana yang sunyi aku kuatkan semangat untuk bertanya..

Saya: Aiman dengan Alif pi mana? Hilang ke? Depa pi main kat mana pula?

Mak: bukan..... depa dah tak ade... depa dah meninggal dunia...

....aku terdiam... sampaikan mak cakap lagi.

Mak: mak pi dulu.. nanti mak telefon semula..

selesai sahaja, telefon diletakan... aku terdiam tiada apa yang perlu diucapkan hanya satu perkara yang bermain difikiranku.. Tiada lagi panggilan mak sue daripada mereka berdua, tiada lagi pergaduhan antara mereka.. Mereka pergi apa usia yang sangat muda... masing-masing berusia 6 tahun, mereka pergi dalam keadaan mulia, dimana mereka berdua ingin pergi mengaji tetapi Allah telah menjemput mereka terlebih dahulu... basikal yang dinaiki mereka tergelincir ke dalam parit...

mak sue tidak sempat untuk tatap muka kalian saat terakhir... tetapi ketahuilah mak sue sentiasa mendoakan kalian... Kalian Anak Syurga..

AL-FATIHAH....



Thursday 11 October 2018

BBM3410/18: SEMANGAT OHH SEMANGAT


Perkongsian semester akhir....

Sudah dimaklumkan bahawa pada semester akhir, semua pelajar tahun akhir perlu menyempurnakan tugasan iaitu PITA. Maka bermulalah detik-detik perlumbaan yang begitu genting dimana diri ini harus pandai membahagikan masa antara kuliah, tugasan lainserta PITA.

Hampir setiap malam akan aku berada dihadapan laptop bagi menyempurnakan PITA. Pernah suatu ketika aku berada hampir 3 jam di hadapan laptop untuk menyiapkan 1 perenggan. bertapa gembiranya hati setelah berjasa menyempurnakan walhal 1 perenggan sahaja..

Pengajarannya....

  • kita harus mencari idea walaupun tidak sempurna
  • bersabar ketika berada dihadapan laptop
  • setiap apa yang ditulis itu adalah yang terbaik
  • jangan meniru maklumat lain.








BBM3410/18: MUNGKIN KALI TERAKHIR SEBAGAI PENGARAH PROGRAM DI UPM



Pada 07/10/2018, sekali lagi diri ini menjadi seorang Pengarah Program.... Tetapi telah membawa pengalaman yang berlainan daripada dua program lepas sebagai pengarah. Program kali ini lebih mengajar diri untuk terus berhati-hati dalam membuat keputusan dan meletakkan harapan pada sesuatu perkara.

Tidk dinafikan bahawa program kali memberi makna yang mendalam dalam bidang kepimpinan serta fasilitator.

Serba sedikit pengalanan program.

nama program: Training Of Fasilitator
tarikh: 07/10/2018
tempat: Dewan Kolegiat KTP, UPM
Masa: 8.00 a.m hingga 12 p.m


  • program ini akan memberi pendedahan berkenaan bagaimana ingin menjadi seorang pemimpin yang berkelaber serta ciri-ciri fasilitator yang efektif.
Maka apa yang dapat saya ceritakan bahawa program ini adalah program terakhir sebagai seorang pengarah program di UPM. Insya Allah selepas keluar daripada Upm, saya akan meneruskan perjuang sebgagai seorang volunter.



BBM3410/18: KERJASAMA DEMI FLATLAY



Assalamualaikum semua....

Hari ini saya akan menceritakan semula berkenaan kuliah BBM3410 minggu ke-5, dimana kami telah diberi penerangan yang begitu sempurna oleh Prof Dr. N berkenaan dengan Flatlay. Flatlay telah terbahagi kepada empat flatlay iaitu:

1) Flatlay
2) Half Flatlay
3) Quarter Flatlay
4) Zero Flatlay

Selesai sahaja penerangan daripada Prof Dr. N, saya dan ahli kumpulan telah mengambil gambar-gambar mengikut flatlay yang telah diterangkan. kerjasama antara ahli kumpulan telah melancarkan proses tersebut. Setiap flatlay haruslah mempunyai 4 keping gambar dan kami perlu memuatnaik ke Instagram serta perlu seragam sesama ahli kumpulan.

Berikut merupakan gambar-gambar ketika proses membuat Flatlay:








maka hasilnya





INGIN LIHAT HASIL-HASIL FLATLAY YANG LAIN MAKA SILA LAWATI AKAUN INSTAGRAM SAYA.. 

https://www.instagram.com/_mariamishak_/

Wednesday 3 October 2018

BBM3410/18: ANAK BONGSU MAK



Ujian demi ujian yang perlu dihadapan sepanjang dua minggu kebelakangan ini telah membuat hati ini tersentuh. Bagaimana saya mengatasi masalah tersebut, saya mengambil inisiatif untuk menghubungi orang yang tersayang iaitu ibu saya. Setiap kali berbual melalui telefon, hati ini berasa sangat tenang sehinggakan saya seakan-akan terlupa terhadap masalah yang dihadapan. 

Mengenai ibu saya, beliau seorang yang tegas sehinggakan melatih diri ini menjadi seorang yang berani tetapi kadang-kala terpaksa akur akan ujian yang melanda.                                                                             




BBM3410/18: TUGASAN BERKUMPULAN



Setiap semester, pelajar diminta untuk menyempurnkan tugasan dengan membentuk ahli kumpulan. Maka berlakulah sesi perebutan ahli kumpulan agar tidak tersilap pilih ahli kumpulan. Pada semester ini, semua subjek yang saya ambil diminta untuk membentuk kumpulan dan menyempurkan tugasan. 

Pada semester ini juga, Pengalaman telah mengajar saya untuk memilih ahli kumpulan yang betul-betul memberi komitmen. Situasi ini benar-benar mengajar saya supaya tidak menilai seseorang dari luaran, walaupun dilihat dari segi fizikal begitu aktif tetapi pada hakikatnya sangat menguji emosi saya. Demi tugasan dan pernilaian terpaksa juga saya teruskan.

Tetapi saya akur dan tidak dapat dinafikan setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan. Maka saya harus belajar untuk menerima setiap apa yang diberikan. 

#HatiSisKoyak

BBM3410/18: KEISTIMEWAAN KULIAHKU


Pada kuliah yang lepas, saya telah menerima arahan untuk memuatnaik gambar-gambar di Instagram. Dimana saya telah melaksanakan tugasan dengan mengikut arahan iaitu perlu memuatnaik gambar berkaitan dengan tugasan berkumpulan iaitu Asas Grafik yang telah diterangkan dan diperjelaskan oleh Prof N sendiri di dalam kuliah. Selanjutnya, saya juga telah memuatnaik gambar berkaitan dengan Pesta Makanan Tradisional. saya dikehendaki memuatnaik gambar sebanyak 10 keping dan perlu hagstag kelakar. Gambar di pesta makanan tersebut perlulah diambil disekitar kawasan tersebut sebagai bukti tugasan.

Bukan itu sahaja, pada minggu tersebut juga, saya telah mengikut kuliah Prof N dimana kami telah diajar mengenai mug shot, long shot, potrait, over the shoulder, dan bird's eye view. tugasan ini dilakukan secara berkumpulan, dan kami diminta untuk menyediakan tiga keping gambar bagi setiap arahan. Selepas itu, setiap ahli kumpulan perlu memuatnaik gambar di Instagram dan perlu menulis tiga kapsyen yang berkaitan dengan gambar tersebut. antara perkara yang menarik lagi, kami diminta untuk hastag kelakar bagi setiap gambar yang dimuatnaik.




BBM3410/18:FACEBOOK

Assalamualaikum.ini merupakan tugasan kejutan yang diberikan oleh prof.. Maaf prof andai saya terkasar bahasa.. saya sayang prof keta...