Saturday, 20 October 2018
BBM3410/18: KEHILANGAN DAN TANGGUNGJAWAB
dalam kesedihan yang dialami oleh keluarga.... aku berada dalam delima.
situasi 1:
terkejut akan kehilangan dua insan sekali gus menyebabkan ramai yang terkaku, terdiam dan tidak tahu untuk bercerita.. masing-masing menumpukan kepada arwah, kenduri, dan tahlil.. keadaan yang pilu apabila semua berkumpul, tiada apa yang boleh dikatakan apa yang aku tahu setiap kali ada orang meninggal dalam keluarga kami, maka keluargaku akan membuat kenduri selama 7 hari berturut-turut, tahlil, dan menjemput orang kampung untuk membaca Al-Quran.. disitulah kesibukan bermula, apabila pagi hingga ke malam aku bersama sanak-saudara yang lain akan berganding bahu untuk membuat kenduri..
situasi 2:
pada minggu keenam semua pelajar pita dibawah selian Dr. zaiton diminta untuk menghantar bab 1 hingga bab 3... di mana minggu ini juga aku terpaksa balik ke kampung atas urusan di atas (masih dalam keadaan terkejut) tetapi akan kuatkan hati untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar... pada waktu siang aku akan sibuk dengan persiapan kenduri sehingga jam 9 malam, selepas itu aku akan fokuskan kepada pitaku sehingga subuh.. kadang-kadang terkandas ditengah jalan dimana aku terlelap mungkin terlalu penat... mungkin? apa yang merunsingkan hati aku lagi apabila pada minggu yang sama aku mempunyai 3 ujian... hanya Allah yang tahu perasaanku pada ketika itu..
kehilangan itu pasti kerana perpisahan menjadi lumrah dalam kehidupan manusia, akan tetapi tanggungjawab itu perlu diseimbangkan walaupun dalam delima tetapi aku cuba kawal 3 perkara dalam satu masa..
arwah selamat dikebumikan... AL-FATIHAH
pita selamat sampai ke tangan Dr. Zaitun... Alhamdulillah
3 ujian akan diambil minggu ke-7, isnin, selasa dan tidak dimaklumankan lagi... Insya ALLAH,,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410/18:FACEBOOK
Assalamualaikum.ini merupakan tugasan kejutan yang diberikan oleh prof.. Maaf prof andai saya terkasar bahasa.. saya sayang prof keta...
-
ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Tanggal 14 oktober 2018, saya yang berada jauh daripada keluarga telah menerima panggilan telefon dalam jam 2.3...
-
ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Hari ini kami semua dimaklumkan bahawa kelas amali telah dibatalkan dan digantikan dengan kelas atas ta...
-
ASSALAMUALAIKUM.... Sepanjang cuti pertengahan semester ramai mahasiswa telah pulang ke kampung masing-masing. Peluang ini telah digunak...
No comments:
Post a Comment