Wednesday 14 November 2018

BBM3410/18: PUTRAJAYA DAN AIR TERJUN



10/11/2018 merupakan tarikh yang keramat dan mencipta memori kepada 8 gadis BBM3410...

pelbagai kenangan pahit dan manis kami lalui sepanjang hari tersebut..

asalnya kami semua merancang hanya ingin pergi ke Putrajaya untuk menyempurnakan tugasan bahasa asing (hanya 4 orang sahaja tetapi lagi 4 sebagai jurukamera) selapas itu kami ingin ke Bangi untuk mencuci mata☺☺ 8 gadis yang terlibat ialah:

  1. Marima
  2. fatihah
  3. najiehah
  4. hasniwati
  5. syaqinah
  6. aifa
  7. hasmida
  8. adibah


dalam kesibukan bergambar kami telah bertemu dengan seorang penjaga pintu masuk Masjid Putra iaitu En. Khairul. Apa keistimewaan beliau?

Beliau telah menguasai 7 bahasa dengan lancar sekali sepanjang beliau bekerja di situ.. Kami semua begitu teruji apabila bertemu dengan beliau.. apa lagi bergambar sakan la kami semua...

Tepat sahaja jam 12 tengah hari kami berkumpul dan bersila dikaki lima, ramai pelancong asing yang tengok pelik terhadap kami.. tapi muka kami ni tebal, kami tidak peduli akan pandangan mereka.. paling menarik lagi asal duduk sahaja kami akan makan berjemaah.. kapi bawa bekal lagi☺☺

selepas zuhor kami pun menukar rancangan asal iaitu kami semua ingin pergi Air Terjun... maka destinasi pilihan kami ialah Hutan Simpan Air Terjun Sg. Tekala.. sangat cantik dan damai.

Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke situ, sebelum ini aku pergi bersama orang lain dengan tujuan yang berbeza.. kali ini aku pergi dengan tujuan yang lain tetapi dengan niat yang sama iaitu ingin Tadabur Alam..

Alhamdulillah... kami semua sangat gembira sehingakan ada yang lemas... bila ditanyakan macam mana boleh jadi macam tu... boleh kawan tu cakap "air tu yang bawa kami, kami tak salah"... ok disebabkan jawapan dia yang sangat bernas kami yang terus gelak sehinggakan ada yang mengelarkan dugong-dugong muslimah......

sampai disini sahaja.. nanti aku sambung lagi...











No comments:

Post a Comment

BBM3410/18:FACEBOOK

Assalamualaikum.ini merupakan tugasan kejutan yang diberikan oleh prof.. Maaf prof andai saya terkasar bahasa.. saya sayang prof keta...