Thursday 6 December 2018

BBM3410/18: ASAS GRAFIK



ASSALAMUALAIKUM....

Dalam asas grafik terdapat lima ciri yang telah diselaraskan. untuk mengenali ciri-ciri ini boleh dilihat pada gambar iklan.  Antara ciri-cirinya adalah seperti dibawah:


1. MUDAH
  • Melihat pada sesuatu gambar mahupun iklan, sebagai seorang pelanggan menitikberatkan kejelasan maklumat yang ingin disampaikan.
  • pelanggan mudah menerima maklumat yang disampaikan.
  • mempersembahkan idea dalam satu masa yang tepat
  • sekiranya terdapat idea yang banyak, tidak perlu menyatakan kesemuanya di dalam satu visual

2. KESEIMBANGAN

  • keseimbangan diperlukan dalam sesuatu gambar supaya nampak menarik.
  • pembahagian sama rata antara kiri dan kanan bahagian gambar.
  • penyusunan maklumat harus diselaraskan supaya masyarakat dapat menerima mesej yang ingin disampaikan.
3. KESESUAIAN

  • setiap gambar atau iklan haruslah bersesuaian dengan maklumat yang ingin disampai
  • gambar haruslah bersesusaian dengan tema yang dipilih
  • untuk mendapatkan tarikan yang tinggi, setiap gambar atau pengiklanan harus menitiberatkan kesesuaian dari aspek jantina, umur, pekerjaan dan sebagainya.
  • sebagai contoh iklan susu kanak-kanak, elemen yang perlu ada ialah usia kanak-kannak serta kandungan susu tersebut

4. WARNA

  • warna merupakan peranan utama dalam gambar atau iklan
  • warna memberi penegasan kepada visual-visual yang dipamerkan
  • perbezaan warna dibuat untuk memudahkan urusan individu. 
  • sebagai contoh perbezaan antara warna latar dengan warna pada iklan tersebut.

5. TEKS
  • persembahan grafik yang menarik bergantung kepada teks yang dibuat
  • setiap teks yang digunakan menekankan elemen-elemen penting.
  • antara elemen tersebut:
  1. huruf
  2. saiz huruf
  3. jarak huruf
  4. warna huruf

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18:FACEBOOK

Assalamualaikum.ini merupakan tugasan kejutan yang diberikan oleh prof.. Maaf prof andai saya terkasar bahasa.. saya sayang prof keta...