Wednesday 3 October 2018

BBM3410/18: KEISTIMEWAAN KULIAHKU


Pada kuliah yang lepas, saya telah menerima arahan untuk memuatnaik gambar-gambar di Instagram. Dimana saya telah melaksanakan tugasan dengan mengikut arahan iaitu perlu memuatnaik gambar berkaitan dengan tugasan berkumpulan iaitu Asas Grafik yang telah diterangkan dan diperjelaskan oleh Prof N sendiri di dalam kuliah. Selanjutnya, saya juga telah memuatnaik gambar berkaitan dengan Pesta Makanan Tradisional. saya dikehendaki memuatnaik gambar sebanyak 10 keping dan perlu hagstag kelakar. Gambar di pesta makanan tersebut perlulah diambil disekitar kawasan tersebut sebagai bukti tugasan.

Bukan itu sahaja, pada minggu tersebut juga, saya telah mengikut kuliah Prof N dimana kami telah diajar mengenai mug shot, long shot, potrait, over the shoulder, dan bird's eye view. tugasan ini dilakukan secara berkumpulan, dan kami diminta untuk menyediakan tiga keping gambar bagi setiap arahan. Selepas itu, setiap ahli kumpulan perlu memuatnaik gambar di Instagram dan perlu menulis tiga kapsyen yang berkaitan dengan gambar tersebut. antara perkara yang menarik lagi, kami diminta untuk hastag kelakar bagi setiap gambar yang dimuatnaik.




No comments:

Post a Comment

BBM3410/18:FACEBOOK

Assalamualaikum.ini merupakan tugasan kejutan yang diberikan oleh prof.. Maaf prof andai saya terkasar bahasa.. saya sayang prof keta...