Saturday 3 November 2018

BBM3410/18: CUTI SEMINGGU (MID SEM)



ASSALAMUALAIKUM...

Setelah cukup 7 minggu sesi kuliah maka semua mahasiswa akan bergembira kerana dapat pulang ke kampung halaman dan bertemu dengan insan tersayang. Tetapi ada juga diantara mahasiswa yang tidak pulang ke kampung halaman. Hal ini disebabkan oleh:


  • Mahasiswa tahun akhir yang tengah menyempurnakan PITA/FYP
  • Mahasiswa Sabah dan Sarawak
  • Mahasiswa yang ingin mencari wang saku
Pada hari jumaat semua rakan-rakan pulang tetapi aku masih disini untuk melengkapkan tanggungjawab sebagai mahasiswa iaitu sebagai pelajar tahun akhir serta mencari wang saku. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air dan alang-alang menyelup perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Faktor utama tidak balik kerana ingin menyempurkan PITA tetapi dengan saki-baki masa yang ada aku pun membuat kerja sambilan. 

Bukan hanya PITA yang harus disiapkan tetapi termasuk juga tugasan daripada subjek lain tidak terlepas BBM3410. Antara tugasan BBM 3410 adalah seperti berikut:

  1. Menyediakan 10 keping gambar pemandangan dengan hastag #kampungku
  2. Mengemaskini Blog
  3. Menyiapkan video one shot.
Maka kami semua perlu redha kerana kalau tidak redha tugasan akan ditambah☺☺☺☺☺PROF JANGAN MARAH YEE.....



                                Image result for imej perempuan bawa beg balik kampung




No comments:

Post a Comment

BBM3410/18:FACEBOOK

Assalamualaikum.ini merupakan tugasan kejutan yang diberikan oleh prof.. Maaf prof andai saya terkasar bahasa.. saya sayang prof keta...