ASSALAMUALAIKUM....
Sepanjang cuti pertengahan semester ramai mahasiswa telah pulang ke kampung masing-masing. Peluang ini telah digunakan untuk mengadakan majlis konvokesyen ke-42 UPM. Bagi yang tidak balik ke kampung akan membuat kerja sambilan.
Aku telah bekerja selama empat hari di bawah pantauan Pusat Zakat UPM serta Bendahari UPM. Kerja aku mudah apabila lihat menerusi mata kasar, tugasan utama aku adalah menjual bunga-bunga orkid sampai habis, andaian bunga orkid digubah sebanyak 1000 unit, maka aku bersama-sama rakan jualan yang lain perlu menghabiskan. Pelbagai teknik dan strategi jualan digunakan demi menghabiskan orkid tersebut.
Asalnya aku menjaga khemah jualan sahaja, tetapi aku berasa bosan lalu aku bertukar arah untuk berjual sambil mengayuh basikal. Ketika mengayuh basikallah baru aku dapat melihat suasana majlis konvokesyen selama empat hari berturut-turut. Tidak dapat dinafikan sememangnya mengayuh sangat memenatkan apabila aku terpaksa menjual ke tempat yang jauh. aku bersama fatin diberi kepercayaan untuk menjual di Masjid UPM.
Cuba kalian bayangkan bermula dari Dewan Besar UPM aku mengayuh pergi ke Masjid UPM... Jauh tu tetapi apa yang seronoknya sepanjang perjalanan untuk ke Masjid UPM aku akan lalu di DKAP iaitu Dusun Contoh dan KAA. Setiap kali ulang-alik dari Dewan ke Masjid tidak kiralah waktu hendak pergi atau pulang, aku dapat melihat gelagat ibu bapa yang datang.. Keronokan diwajah mereka jelas terpancar. Apabila jualan tidak mendapat sambutan di Masjid, kami terpaksa mengalih arah dan mencari tempat yang bersesuaian. Keadaan kami terselamat apabila abang-abang polis bantuan membantu kami menjual. Sambil mengayuh basikal dari Dewan Besar ke Dkap, KAA dan Masjid kami juga akan pergi ke Padang Kawad.
wow gadis basikal dan bunga
ReplyDeletehahahahhahaha kak gadis gubah
Delete