ASSALAMUALAIKUM...
Selesai sahaja majlis konvokensyen maka berakhir kerjaku sebagai gadis bunga atau paskal orkid. Maka bergembiralah hati kerana boleh rehatkan badan dan boleh fokuskan kepada kerja-kerja yang lain. Tanpa diduga aku telah menerima satu panggilan telefon daripada staf UPM.
kak hajar: Mariam jumaat free tak?
Mariam: emmm (dalam hati nak cakap apa free ke tak)
kak hajar: mariam dengar tak?
mariam: ada apa kak?
Kak hajar: Bos Nurul minta mariam jagakan booth jualan bendahari dekat dewan besar, boleh ke?
mariam: Ada program apa kak? Insya Allah boleh..
kak hajar: ada hari kualiti dan inovasi perkhidmatan nanti mariam ajak kawan 2 orang.
mula-mula aku tidak tahu HKIP itu apa, apabila hari jumaat dan aku berada didalam dewan baru aku faham apa itu HKIP.
Semua pekerja UPM dikumpulkan dan diberikan anugerah. Aku dapat lihat sendiri bagai mana staf-staf UPM bertukus-lumus untuk memenangi sesuatu pertandingan.. kadang-kadang melebihi para pelajar ketika sesi orientasi☺☺☺tetapi itu satu kelebihan buat aku kerana dapat mencari pengalaman bersama-sama mereka.
No comments:
Post a Comment