Sunday 4 November 2018

BBM3410/18: PASKAL ORKID DAN PENGALAMANNYA


ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini saya akan menyambung cerita berkenaan Majlis Konvokensyen UPM ke-42 iaitu sebagai gadis bunga. Sepanjang empat hari bertugas sebagai gadis bunga, aku mendapat gelaran baru iaitu Paskal Orkid. Gelaran ini diberikan kerana kami sekumpulan berjaya mencapai target jualan malah melebihi sasaran tersebut. Baiklah, aku akan menceritakan pengalamanku.


  1. bermula hari pertama hingga keempat cuaca tidak menentu, pagi panas manakala petang hujan. Cuaca bukan alasan untuk kami semua berhenti menjual, dalam keadaan panas dan hujan kami redah. Sehinggakan bila aku lihat wajahku di cermin jelas terpancar belang pada bahagian mata☺☺☺. Tapi dengan keadaan beginilah yang mengajar aku untuk terus berusaha sebagai mana ibu dan ayah kita mencari rezeki dan tidak pernah mengeluh.
  2. Jatuh basikal, dalam kekalutan menjual bunga ditengah hujan lebat, tidak aku duga basikal yang aku naik jatuh ke tanah juga. Sakit itu tidak dapat dinafikan tetapi perkara itu harus dilupakan seketika kerana apa yang penting pada ketika itu adalah jualan orkid. Pada situasi ini, apa yang boleh aku katakan susah payah untuk mencari rezeki oleh orang tua kita mereka tidak pernah merungut. Mungkin hidup kita berbeza, aku sememangnya gadis kampung dan pekerjaan orang tua aku adalah pekerjaan kampung.
Sebagai pelajar tahun akhir, seharusnya kita perlu mencari pengalaman seperti ini sebelum kita menjadi alumni UPM. Setiap kejadian akan aku simpan sebagai kenangan yang indah..

Dalam tempah itu jugalah aku dapat lihat gelagat senior-senior. Ada yang gembira dan ada yang menangis sambil ketawa. Semua ini bergantung atas diri masing-masing. Bagaimana pula dengan aku? 











1 comment:

  1. Playtech acquires Playtech for $3.7 billion in $3.7 billion
    Playtech has entered 문경 출장샵 into 경주 출장안마 an agreement to acquire leading online 경상남도 출장안마 casino software 목포 출장마사지 provider 제주도 출장샵 Playtech for a $3.7 billion purchase,

    ReplyDelete

BBM3410/18:FACEBOOK

Assalamualaikum.ini merupakan tugasan kejutan yang diberikan oleh prof.. Maaf prof andai saya terkasar bahasa.. saya sayang prof keta...